Peranan Taiga Fujimura

Taiga kebanyakan masanya memainkan peranan besar sebagai watak yang lucu; dia tidak bertanggungjawab dan cuai. Dia tinggal bersama-sama Shirō dalam menjalankan tugasnya sebagai penjaganya, meskipun dia tidak boleh memasak ataupun melakukan perkara-perkara demostik yang lain, selalu sahaja bergantung kepada Shirō untuk mengekalkan kehidupannya. Meskipun begitu, Shirō menghargai kehadiran Taiga, dan berasa lebih gembira jika Taiga bersamanya. Apabila Shirō memerlukan sebarang nasihat, Taiga mampu membantunya sebagai individu yang mampu mendengar rahsia dan kerisauannya.

Taiga sangat memandang tinggi kepada Sakura Matō dan tidak merasakan keperluan untuk menyembunyikan keinginannya melihat Shirō dan Sakura menjadi pasangan kekasih. Pada awalnya, Taiga melayan Saber sebagai seorang asing, disebabkan Saber yang tiba-tiba sahaja menduduki rumah Shirō di bawah keadaan yang mencurigakan. Tetapi, setelah siri ini berlalu, dia lebih mengenali dan membuka hatinya kepada Saber, dan melayannya serupa dengan Sakura dan Shirō. Dari pandangan Saber pula, Taiga merupakan seseorang yang dihormatinya di atas sifatnya yang baik hati dan ikhlas.

Dalam senario Fate, Taiga telah mencabar Saber dalam suatu pertarungan kendō, di mana dia dikalahkan; kebolehan yang ditonjolkan Saber telah menjadi sumber penghormatan Taiga kepadanya, dan pada waktu yang sama, Saber juga telah mengenali peranan Taiga sebagai penjaga Shirō yang sesuai. Pada penghujung peperangan mereka, Shirō dan Taiga telah mengambil Illyasviel von Einzbern sebagai anak angkat, meskipun Illya dan Taiga seringkali bertekak dengan diri masing-masing.

Dalam senario Unlimited Blade Works pula, Taiga diculik oleh Caster sebagai tahanan untuk menarik Shirō dan Saber ke Kuil Ryūdō. Dia kemudiannya dilepaskan bersama-sama Saber setelah kubunya musnah. Taiga tidak memainkan peranan yang besar dalam senario Heaven's Feel.